CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 8, 2010

Posting di Ward 5c (Male Surgical Ward)

A lot of stories to be told...

really, being in ward 5c is not sumthing that i like...

although there are a lot of patients, most of them are of interesting cases, but still, the feeling is not sumting that i look forward to feel..

i dont know why but i have this feeling that semua pakcik2 patut berada di umah, bergembira dgn cucu tersayang, di samping memenuhi masa terluang menambahkan amal ibadat sbg bekalan ms hdpn..

not to be admitted in ward, terlantar berminggu2, tanpa mampu menentukan nasib yg bakal mendatang..

yes, we cant deny qada' and qadar...
 tp kesedihan yg terpancar di mata mereka sgt meruntun hati saya ini...

sgt2 sedih melihat pakcik2 with terminal dz, terbaring di ward 5c itu..

owh, betapa di kala seperti ini, saya sntiasa mengharapkan smoga Allah mengurniakan sebaik2 kesihatan buat mama abah saya yg tersayang....

i have been having this unwelcome feeling since 3rd year lg..tp dulu, kerana ada 'distraction' yg sntiasa bersama dan membuat kita terlupa kesedihan ini, i didnt feel as bad as now..

betapa sedihnya hati ini...sedih sgt2...

ntahla...i didnt feel the same way when i'm in 4c..kenapa...?sbb, slalunya, if makcik2 yg sakit, anak2 sntiasa ada menemani makcik2 itu (walaupn kadang2 suami makcik2 tu takde), but still, i can feel the love from the children towards the mother...

tp bila yg sakit itu ialah pakcik2, sgt jarang utk dilihat yg si anak menjaga ayahnya...situasi yg slalu dilihat ialah si isteri yg juga telah berumur, menjaga si suami yg sudah berusia yg uzur dan tak bermaya..hmm..anak2 mana..?sedih sgt2...kenapa perlu begitu...?kasih sayang ayah adalah sama banyaknya seperti mana kasih sayang seorg ibu...

ya,benar, ibu telah mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusukan kita...
tp kenapa kebanyakan dpd kita selalu ter-alpa bahawa ayah jua banyak berkorban utk kita..?
ayah lah yg membanting tulang empat kerat nya utk make sure kita cukup pakai,cukup makan...
kalau duit tak ada, ayahlah yg akan usaha sedaya upaya utk pastikan kita mempunyai segala yg diperlukan...
terlupakah kita, di kala kita sdg senang2 duduk belajar di dlam kelas di sekolah, ayah lah yg sedang sibuk bekerja, berpenat lelah, berhempas pulas dgn sedaya kudratnya, utk pastikan kita terus belajar..terus idup..terus berjaya,..

tp kenapa bila ayah yg sakt, anak kian lupa semua itu..
"ah takpelah, mak kan ada.." ye..mmg mak ada,
tp terlupakah kita yg si ibu jua turut sama telah berusia sprti si ayah...?
apa salahnya si anak yg jaga si ayah instead of si ibu..
knp perlu mengharapkan ibu sedangkan kita mempunyai kudrat yg lebih..?

entahla...
cuma saya mmg sgt2 sedih melihat situasi ini..
sedih sgt2..
apatah lg bila terlihat pakcik2 yg istri mereka telah tiada lg utk menjaga mereka,
mereka terlantar keseorangan, kesepian dalam kesakitan...

sbb dalam kepala ini, ada satu ilusi yg menyatakan,
pakcik2 yg telah berumur, sepatutnya duduk bersenang lenang bersama2 keluarga dlm menempuhi hari2 terakhir hidup mereka...
walaupun mereka ada terminal illness,they should be with their family, at least segala kesakitan yg mereka tanggung itu akan sedikit terubat jika mereka dikelilingi oleh anak2 dan cucu2 yg sntiasa cuba melimpahkan kasih sayang sebanyak mungkin, sebelum pakcik2 itu menghembuskan nafas mereka yg terakhir....

and this is only a part of me, yg sgt2 pelik dan sgt2 sukar difahami..and this is one of the reason why i choose to be in this field...so that pakcik2 dan makcik2 with terminal illnesses can feel a bit of kasih sayang, walaupun cuma secebis...~

3 comments:

Liyana Adam

kita tak suka entri awk ni kak..membuatkan saya bergenangan air mata..huuu~

buaya

salam ziarah..

dijmput menjadi follower sy k

Wada Adam

Adik: huhu..itu la perasaan kita selalunye dik..takpe, as long as we do the best for abah n mama, that's all that matter, kan ;)

Post a Comment