CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya 2010 - seribu satu warna

Banyak benda nak diceritakan..
Syawal dah 10 hari berlalu, tp kenangan2 sepanjang raya kali ni masih segar dlm minda ini...

Aidilfitri, penuh dgn seribu warna, sejuta rasa...

Gembira tatkala mendengar takbir bergema, tandanya sudah selesai sebulan puasa, berjaya menahan nafsu, berjaya mencuba menjadi hamba Allah y lebih baik (diharapkan usaha saya ini bukanla sekadar melepas batuk di tangga.)
Bahagia kerana dapat bersama keluarga tercinta, kami empat beradik bersama2 beraya di rumah dgn mama abah..
Seronok bila bersua kembali dgn sanak saudara yg dah lama xberjumpa, bercerita itu dan ini...

Sayu hati mengenang semua kesalahan dan kesilapan diri ini yg tidak pernah sempurna..
Tatkala meminta ampun dan maaf di pagi 1 Syawal..
Terkenang betapa banyak nya dosa diriku ini
sering mengata dan mengutuk..
sering membebel dan marah2...
ayu bukan anak yg terbaik, ayu tau itu..
kdg2 ayu leka,
kadang2 ayu malas,
kadang2 ayu merungut,
kadang2 ayu mencebik kan muka sedangkan tak sepatutunya ayu bertindak begitu...
tp ayu akan cuba utk jd anak yg lebih baik lepas ni, insya-Allah..
ayu akan cuba jd lebih rajin...
ayu akan cuba jd lebih prihatin...
ayu akan cuba jd lebih baik, semoga dpt menyenangkan hati Mama Abah~

Rindu hati ini pd mereka yg telah tiada, pd arwah atuk nenek yg telah meninggalkan kami...
Atuk, Nenek, ayu rindu sgt2 pd atuk nenek...
raya tanpa atuk nenek tak sama mcm masa atuk nenek ada dulu...ayu rindu sgt2..
ayu tak mampu beri apa2 pd atuk nenek..
ayu tak sempat membuktikan apa2 pd atuk nenek..
tp ayu janji, perjuangan ini akan ayu teruskan...
ayu janji, ayu akan berusaha sedaya upaya ayu utk capai cita2 yg selama ini atuk nenek impikan...
cuma iringan doa dan Al-Fatihah yg mampu ayu kirimkan buat atuk nenek sbg tanda kasih syg ayu yg kian mekar buat atuk nenek di sana, di alam abadi milik Yg Maha Esa...

Pilu terasa di segenap pelusuk hati ini, tatkala melihat air mata mama jatuh di kala takbir mula kedengaran..
Betapa kuatnya rinduku pd atuk nenek, mesti lebih hebat rindu Mama tanggung...
Bertambah pilu tatkala menziarahi pusara Atuk Nenek...
betapa bacaan yassin yg dibaca dgn titisan air mata Mama...amat meruntun hatiku ini...
Diri ini cuma mampu melihat, tak mampu berkata apa pd mama..
kerana aku tau betapa rindu nya mama pd atuk nenek...
kerana akku tau betapa kuatnya kasih mama pd atuk nenek...
kasih yg makin hari makin mendalam, walaupun atuk nenek dah 7 & 8 tahun pergi meninggalkan kami, kasih kami sekeluarga pd mereka takkan pernah luntur, malah kian bertambah...
kerana dgn usaha, jasa dan bakti arwah atuk nenek yg membawa kami sekeluarga ke hari ini..
tanpa mereka, aku pastikan berada di sini...pasti...

Masih banyak lagi rasa yg tak mampu nak digambarkan dgn perkataan...
namun hati ini sepertinya terlalu tersentuh dgn kehadiran lebaran kali ini...

benar, dulu, masa usia masih muda,di kala diri ini masih bergelar kanak2,
raya ertinya dapat pakai baju raya mcm2 jenis, jalan2 beraya ke rumah saudara mara, kawan2 abah dan mama, makan kuih raya mcm2 jenis, kumpul duit raya banyak2...
raya ertinya main bunga api (yg arwah atuk beli stiap tahun, tak pernah tertinggal, utk cucu2nya)


Tp kini, setelah aku dewasa, baru aku sedar, ada seribu satu pengertian lebaran...
hari utk bersama2 ahli keluarga, mengunjungi sanak saudara mengeratkan hubungan yg kian renggang dek kerana semua sibuk dgn urusan sendiri..
hari utk memohon kemaafan atas segala salah silap, yg dibuat secara sengaja atau tidak...
hari utk kita bersyukur, atas semua nikmat kurniaan Illahi..
hari utk kita bergembira bersama keluarga, saudara mara, sahabat-handai...
hari utk kita bersama2 meraikan kemenangan..
hari utk kita berbahagia...

0 comments:

Post a Comment